“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”
~Surah al-Maa`idah: 87-88
DUA GOLONGAN YANG DIKECAM
Islam mengecam kedua-dua golongan iaitu orang-orang yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, namun kecaman yang lebih kuat dan lebih berat dikhususkan kepada orang-orang yang mengharamkan yang halal. Ini kerana, golongan ini menyebabkan kongkongan terhadap orang ramai dan meyempitkan apa yang Allah s.w.t luaskan kepada mereka tanpa ada sebab memaksa. Peyebaran maklumat, sama ada benar ataupun palsu mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden pada masa kini. Kemudahan emel, laman web dam khidmat pesanan ringkas (sms) membolehkan penyebaran maklumat tanpa perlu bersua muka, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Ramai juga diantara kita yang turut membantu menyebarkannya tanpa menyelidiki terlebih dahulu kesahihannya dan sumber pertama yang mengeluarkannya. Jika berita tersebut tidak benar, secara tidak langsung kita terlibat menyebarkan fitnah terhadap produk yangterbabit dan lebih teruk lagi kita turut mengharamkan sesuatu yang halal untuk orang ramai. Islam menekankan supaya kita menyelidik, berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar.
Photo: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”