profile image
by fathilullail
on 5/7/15
Rumusan terbaik adalah : "Tidak Payah Beli Barang Kemas Dan Tak Perlu Pinjam Along Juga Jangan Membazir"

Saranan pakar penasihat kewangan tersebut yang menyarankan tidak perlu balik ke kampung untuk penjimatan belanja sesuatu yang tidak patut dilontarkan oleh seorang yang berpendidikan tinggi dan bijaksana. ...

Bila dihentam berkali-kali oleh warga media sosial kena laa pula mencari alasan untuk 'damage control' ... walau apa pun alasannya saya tetap tidak bersetuju disyorkan "jangan balik kampung". ... Saya melihat isu ni dalam ruang bicara institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin rapuh.

Warga kota yang sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing jarang ambil peduli ibu bapa di kampung. ... sekiranya cadangan ini diikuti generasi sekarang, saya risau satu hari nanti cucu-cucu tidak mengenal akan datuk nenek mereka. ... mungkin mustahil buat masa ini tetapi jika warga kota tidak pulang ke kampung hanya semata-mata hendak berjimat hancurlah institusi keluarga ini.

Tradisi ini bukan sahaja di Malaysia malahan di negara lain yang rakyatnya serba-serbi miskin sedaya upaya akan balik ke kampung halaman. Di Indonesia misalannya saban tahun rakyatnya pasti pulang ke kampung walaupun jauh beribu batu. Sehingga kadang-kala terpaksa menyabung nyawa untuk sampai ke tempat dituju! ... Di Malaysia ni para pemikirnya sering mengambil jalan 'short cut' yang pastinya untuk menyelamatkan talian hayat pemerintah. .... Alahaiii

Bagi saya cadangan yang sebaik-baiknya, balik ke kampung tetapi jangan berbelanja berlebihan... dan jangan beli barang kemas ... Itu lebih afdal kan!


#######
Saya tidak larang balik kampung untuk jimat minyak - Nasional - Sinar Harian http://ow.ly/Pd227

Sedutan video tersebut: https://youtu.be/SkSwRnp_c1I

Attached Media