profile image
by fathilullail
on 16/6/15
#Ramadan!
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....
Kedatanganmu ku nanti dengan hati penuh debaran,
Esok menjelangnya waktu Maghrib, kau akan datang memenuhi alam semester. Tahun Hijrah 1436
Kau datang membawa rahmat dan keberkatan, datang membawa ibadah puasa yang difardukan Ilahi.
Kedatanganmu membawa seribu rahmat, seribu pengampunan dan pembebasan dari seksaan api neraka.
Dinanti-natikan oleh muttaqin, solihin, muqarabin dan muhlisin.
Kau akan muncul lagi setelah 11 bulan menghilangkan diri.

Ramadan!
Dengan kehadiranmu semua pintu syurga di buka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat.
Iblis dan syaitan di ikat rapat,tidak boleh menggoda anak Adam.
Setiap hari dengan rahmat Ilahi segolongan bakal ahli neraka diampunkan dosa-dosa mereka dan akan di masukan ke syurga.
Semua makhluk yang ada dibumi dan para malaikat menanti-nanti kedatanganmu,
Mereka mendoakan kepada sesiapa sahaja yang melayanmu sebagai tetamu ,
Mereka akan mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dan terampunlah segala dosa-dosa mereka.

Ramadan!
Aku bersyukur jika Allah izinkanku bertemu denganmu dan menerima dikau sebagai tetamuku pada tahun ini.
Insya Allah tidak akan ku persia-siakan kehadiranmu nanti ya Ramadan...
Kaulah bulan dakwah, bulan tarbiah, bulan tazkiah dan bulan tazkirah.
Dengan kehadiranmu hawa nafsu manusia mampu diasuh dan di didik supaya tunduk dibawah telunjuk iman.
Melatih muslim untuk buangkan mazmumah dan dihiasi diri dengan mahmudah
Di bulan inilah mukmin di ajar supaya bersifat amanah, jujur, tidak berbohong, tidak sombong, tidak maki hamun, bersabar, bersyukur dan memperbanyakkan amal soleh, amal ibadah dan tolong menolong sesama insan.

Dengan berpuasa roh manusia mampu di bersihkan dan di suburkan dengan hubungan hati dengan Allah Azzawajalla dan merasai bahawa dunia ini hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Ramadan,
Kau bulan teristimewa untuk umat Nabi Muhammad SAW.
Setiap amal sunat dan fardu di gandakan pahalanya hanya Allah Maha Mengetahui jumlahnya. Malaikat pencatat amal hanya mencatat saja.
Allah berfirman, ‘Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari bau kasturi disisi Allah di hari akhirat,
Para Malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa hingga berbuka. Allah memperindah syurga-Nya setiap hari untuk mereka yang berpuasa. Semasa kehadiranmu ya Ramadan...
Dua kegembiraan untuk mereka yang berpuasa... gembira semasa berbuka dan gembira bertemu Allah di syurga .

Ramadan,
Bersama-sama kehadiranmu, Allah sediakan satu hadiah yang cukup istimewa, iatu lebih baik beribadah seribu bulan iaitu ' lailatul qadar'.
Aku menanti-nanti akan hadiah itu, di rahsiakan oleh Allah dimalam yang berkah itu, tidak mengapa akan ku cari dengan bersungguh-sungguh di sepanjang malam terutama di 10 malam terakhir.
Ku harapkan munajat dan doa-doaku diterima oleh Allah Azzawajalla.

Ramadan,
Alangkah ruginya diakhir kehadiranmu ada insan yang tidak mendapat keampuna Allah , tidak menjadi insan bertakwa dan tidak dibebaskan dari seksaan api neraka.
Sebaliknya, alangkan bertuahnya jika ada mukmin yang mendapat rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah dan di bebaskan dari azab api neraka di saat akhir pemergianmu di sisi kami.

Berbahagilah sesiapa yang terpilih untuk memasuki pintu "RAKYAN" , pintu di syurga khusus untuk mereka yang banyak berpuasa ketika kehadiranmu di alam semester ini.
- Abu Basyer. 1.29 pagi 17/6/2015-





Rujukan/kredit: https://www.facebook.com/groups/tanyaustaz/permalink/608952995914561/