profile image
by fathilullail
on 20/3/12
I like this button35 people like this
Kenyataan Media Oleh Pakatan Rakyat – 19hb Mac 2012

Pakatan Rakyat Meminta Kerajaan Menyokong Resolusi Berkenaan Sri Lanka Di Majlis Hak Asasi, Bangsa-Bangsa Bersatu. #PBB

Beberapa hari lagi, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini sedang bermesyuarat di Geneva akan membincangkan resolusi berkaitan Sri Langka yang menimbulkan dan menyentuh isu-isu berikut:

a. Menggesa kerajaan Sri Lanka melaksanakan semua syor-syor dalam laporan 2010 daripada Lessons Learnt and Reconciliation Commission (LLRC) and pastikan tindakkan bebas dan adil dilaksanakan demi mencapai keadilan untuk semua warga Sri Lanka; dan
b. Meminta kerajaan Sri Lanka membentang satu pelan tindakkan komprehensif yang memperincikan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan untuk melaksanakan laporan LLRC dan menangani kelanggaran undang-undang antarabangsa
c. Menggesa Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu member dan kerajaan Sri Lanka menerima semua bantuan untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut dan melaporkan balek pada persidangan ke 22.


Walaupun resolusi ini tidak sekuat dan lemah kalau disbanding dengan versi asalnya, Parti Keadilan Rakyat menggesa agar kerajaan menyokong resolusi di atas.

Pengabaian terhadap pencabulan hak asasi manusia, jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan pada peringkat terakhir peperangan 2009 adalah perkara yang tidak boleh diterima dan dibiarkan begitu sahaja dengan pelakunya mengambil manfaat daripada daripada budaya ketiadaan kebertanggungjawaban atau “culture of impunity” yang kian wujud.

Dokumentari ‘The Killing Fields of Sri Lanka" yang telah disiarkan melalui Channel 4 pada 14 Jun 2011 di United Kingdom dan seterusnya menerima publisiti luas di dunia telah memberikan bukti-bukti visual yang mengejutkan yang menyokong hakikat jenayah perang dalam bentuk laporan-laporan saksi, bahagian filem amatur, gambar-gambar dan video-video telefon bimbit.

Panel Pakar-Pakar (POE) yang telah dilantik oleh Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu, Ban Ki Moon telah menyimpulkan di dalam laporannya pada 2010 bahawa terdapat bukti-bukti kukuh jenayah peperangan dan menggesa agar Kerajaan Sri Langka “menjalankan siasatan bebas segera terhadap perkara tersebut dan lain-lain pencabulan terhadap Undang-Undang Kemanusian dan Hak Asasi Manusia yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata”. Laporan tersebut juga menyarankan agar Setiausaha Agong “mewujudkan satu mekanisma antarabangsa yang bebas dengan segera”.

Kelulusan resolusi yang dicadangkan oleh Majlis Hak Asasi PBB ini adalah penting bagi penyelesaian jangka panjang terhadap situasi yang berlaku di Sri Langka.

Kerajaan Malaysia telah bertindak secara tepat sewaktu menyokong tindakan terhadap pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Bosnia pada 1990-an dan mengkritik tindakan yang sama ketika dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Kami menyokong tindakan sedemikian. Walaubagaimanapun kerajaan haruslah bertindak secara konsisten terhadap isu pencabulan hak asasi manusia yang disifatkan sebagai yang terburuk berlaku di Sri Langka - hak asasi manusia bagi mangsa-mangsa yang terkesan samada mereka adalah Tamil, Singhala, Hindu, Kristian atau Muslim tidak boleh dikorbankan demi untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak-pihak tertentu.

Malaysia tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota Majlis Hak Asasi sebagaimana yang telah dilakukan ketika menyokong resolusi yang menyebelahi Kerajaan Sri Langka pada tahun 2009.

Kami menggesa Perdana Menteri supaya menasihatkan Menteri Luar dan wakil-wakil kami di Bangsa-bangsa Bersatu agar menyokong resolusi tersebut dan menyatakan pendirian umum kerajaan dalam hal ini dengan segera.


DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
Parti Islam SeMalaysia

YB DR TAN SENG GIAW
Parti Tindakan Demokratik

YB DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Parti Keadilan Rakyat

19 MAC 2012