Alhamdulilah kapal tangki Orkim Harmony dan krewnya telah selamat sampai ke pelabuhan Kuantan. ... Namun ada beberapa persoalan yang belum terurai kesan rampasan kapal yang membawa muatan kargo petrol milik Petronas ini.
1) Kenapa tiada panggilan kecemasan mesej Mayday atau Pan-Pan dihantar oleh krew semasa bermula rampasan. ...(kemungkinan lanun mempunyai kemahiran gerak langkah komando. Tangkas dan senyap)
2) Kenapa di sepanjang pelayaran kapal tersebut dari Tanjung Sedili, Kota Tinggi (2°8.90′N 104°27.30′E) ke Pulau Redang (9°10′N 103°10′E), kapal sebesar itu tidak dapat dikesan walaupun sistem Automatic Identification System (AIS) dimusnahkan oleh pihak lanun... (sistem radar kapal perang musuh pun tidak akan diaktifkan sekiranya berada di perairan musuh.)
Clue: Early warning radar station
3) Kenapa krew kapal memerlukan masa selama 5 jam selepas pihak lanun melarikan diri untuk krew kapal menghubungi pihak berkuasa. Dan sepanjang 5 jam tersebut kenapa tiada pengawasan yang menghadkan pergerakan kapal tersebut. 5 jam masa yang cukup untuk menghilangkan diri.
4) Kenapa krew kapal memberikan butiran peribadi keluarga masing-masing. Lanun bukannya polis atau penguatkuasa Interpol untuk memeriksa maklumat yang diberikan benar atau pun salah.
Pujian harus diberikan kepada penguatkuasa Vietnam yang dapat menahan lanun tersebut dari menghilangkan diri tanpa dikesan.
Juga krew pesawat P-3 Orion kepunyaan Royal Australian Air Force No. 19 Squadron berpengkalan di RMAF Butterworth yang merupakan aset pertama yang dapat mengesan kapal malang tersebut menerusi pengawasan melalui udara.
Tidak dilupakan juga kepada pihak TUDM, TLDM dan Maritim Malaysia dengan kekuatan seramai 1,200 anggota yang bertungkus lumus memastikan kapal dan krew di dalam keadaan selamat.