profile image
by malaysiaaktif
on 8/5/15
Kerajaan Persekutuan menyerahkan keputusan kepada Menteri Besar Selangor dalam menentukan hala tuju penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri itu, terutama membabitkan penyelesaian isu isu pembiayaan pengambilalihan syarikat konsesi oleh Air Selangor dan liabiliti berkaitan bon air yang akan ditanggung.

Bagaimanapun, tegas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili pembinaan projek Langat Dua dan sistem agihannya akan terus berjalan dan sedia mempertimbangkan tindakan undang undang sekiranya kerajaan negeri enggan memberikan permit yang diperlukan.