profile image
by fathilullail
on 27/3/12
I like this button38 people like this
Tersalah mesej pada Hasan Ali, speaker termalu...

Gara-gara tersalah menghantar pesanan Blackberry kepada bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali, Speaker Datuk Teng Chang Kim akhirnya termalu apabila tindakan itu mengundang kemarahan ADUN BN yang bertindak keluar dewan.

Wakil rakyat BN, yang mendapat maklumat itu, tidak berpuas hati dengan pesanan Teng yang menggesa barisan exco mempromosikan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam sesi penggulungan dan menganggapnya berat sebelah.

Isu itu disentuh oleh Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang menuntut penjelasan daripada speaker.

Mereka menuntut speaker memohan maaf kepada DUN kerana mendakwa tindakan itu sama sekali tidak adil.

Teng bagaimanapun enggan melakukannya sebaliknya meminta Mohd Isa memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Sebagai tanda bantahan, tujuh daripada sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan.


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/193271